perhubungan awam - perhubungan awan ialah satu usaha yang dirancang dan teratur bagi melahirkan dan mengekalkan persefahaman antara sesuatu organisasi dengan khalayak .
publik bagi khalayak - besar , berselerak dan kekal . biasanya terbentuk berdasarkan isu atau sebab dalam kehidupan publik . tujuan utamanya untuk memajukan minat atau pendapat .
penggunaan dan kepuasan - seseorang pengguna yang menggunakan media kerana media dapat memenuhi dan memberikan kepuasan kepada setiap pengguna yang menggunakannya .
ESEI FUNGSI-FUNGSI PERHUBUNGAN AWAM .
Perhubungan awam melibatkan pengurusan pemujukan untuk mengekalkan perhubungan yang bermanfaat. Perhubungan awam berusaha memberi pandangan positif terhadap organisasi dan meletakkan imej organasasi yang baik di kalangan orang awam. Berfungsi untuk mendapatkan informasi dan menitikberatkan informasi yang berkaitan dengan keputusan pengurusan.
Dibuat untuk menetapkan matlamat dan menyesuaikan kepada perubahan suasana. Ia juga mengambil berat dalam komunikasi syarikat. Kebanyakkan orang berminat dengan penglibatan komunikasi syarikat. Selain itu, terdapat juga orang yang berminat dengan penglibatan organisasi seperti apa yang dilakukan oleh organisasi untuk memenuhi minat dan kecenderungan orang awam. Sebagai contoh, bidang utama amalan perhubungan awam terdiri daripada bidang perniagaan, kerajaan, politik, pendidikan, perubatan, sukan dan hiburan.
Antara amalan perhubungan awam ialah, perniagaan. Perhubungan awam membantu proses pemasaran menerusi imej positif syarikat. Mempromosi hubungan dengan kakitangan kerajaan dan memastikan syarikat mempunyai reputasi yang baik di kalangan komuniti. Kerajaan dan politik membantu menerangkan aktiviti kepada orang awam. Selain itu ialah pendidikan. Perhubungan awam turut menguruskan hubungan dengan sekolah, kolej dan universiti untuk menguruskan agenda tertentu. Contonhnya ialah, fund-raising, hubungan komuniti dan perundangan.
Selain itu antara amalan perhubungan awam ialah hospital. Berurusan dengan pesakit, keluarga pesakit dan jururawat. Syarikat yang besar perlu jabatan perhubungan awam yang mengaitkan kumpulan dana. Pengurusan krisis, menguruskan krisis walaupun jarang berlaku tetapi ia penting. Krisis mempunyai kesan jangka yang panjang yang boleh memusnahkan reputasi syarikat. Tugas perhubungan awam ialah memberhentikan krisis dan mengurangkan kemusnahan.
Simbiosis Media Massa .
Didalam industri media, hubungan simbiosis juga berlaku. Television dan syarikat radio menerbitkan hasil kerja bagi kepentingan kedua-dua media. Rakaman lagu dan stesen radio bergantung di antara satu sama lain. Stesen radio memerlukan rakaman untuk mengisi siaran manakala syarikat rakaman memerlukan radio untuk mempromosikan rakaman lagu mereka.
Syarikat rakaman dan syarikat television, MTV menggunakan video yang dibekalkan oleh syarikat rakaman lagu, stesen radio menggunakan MTV untuk mengenalpasti lagu baru yang popular. Pengikalan bergantung kepada media (cetak/TV/radio/internet) untunk mempromosikan produk dan perkhimatan. TV/radio bergantung kepada pengiklanan untuk pendapatan.
Perhubungan awam bergantung kepada media cetak untuk membuat publisiti dan menjual imej organisasi mereka melalui penulisan rencana dan berita (terutama diwaktu krisis).



